Carta Aliran Pembelajaran Berkesan

Carta Aliran Pembelajaran Berkesan

Saturday, December 27, 2008

Langkah 1: PERCAYA / BELIEFS

APA ITU PERCAYA?

PERCAYA, itulah langkah pertama yang perlu diambil untuk berjaya. Percaya dapat didefinisikan sebagai yakin atau berasa pasti. Bagi saya percaya adalah yaking pada diri sendiri dengan menggunakan kedua-dua akal dan hati. Hanya dengan menggunakan kedua-duanya sahaja, seseorang itu akn benar-benar yaking akan dirinya. Contohnya, saya pernah percaya yang dunia ini ada keajaiban. Saya pernah percaya Bahasa Cina saya akan mendapat A dalam peperiksaan PMR walaupun saya tidak berusaha. Tapi saya hanya percayanya melalui akal sahaja atau hanya satu keinginan sahaja. Jauh di dalam sudut hati saya, saya masih ragu-ragu. Saya sering bertanya "Bolehkah aku dapat A dalam Bahasa Cina, sedangkan biasanya aku kadang-kadang fail dan kadang-kadang pass sahaja" Oleh sebab itu, saya mula berasa takut untuk terus percaya yang saya boleh dalam Bahasa Cina. Sekarang, saya sedang cuba untuk percaya dengan melalui akal dan hati saya.

    Dalam dunia ini, ada sesetengah perkara yang kita percaya itu tidak semestinya benar atau fakta. Terdapat dua perkara atau peristiwa yang secara tidak langsung membuatkan kita percaya akan sesuatu tentang diri kita. Pertama, kita percaya akan apa yang dikatakan oleh orang lain (ibu bapa, kawan dan sesiapa sahaja) akan diri kita atau saya menamakannya sebagai label yang diletakkan oleh mereka. Contohnya, kamu seorang pemalas, kamu memang dilahirkan bodoh atau kamu tidak akan berjaya walaupun kamu telah berusaha separuh mati. Ini semua hanya label yang diletakkan oleh orang lain tentang diri kamu. Jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri, kamu akan mula berasa apa yang dikatakan itu adalah benar. Dari saat kamu mempercayai label-label itu, kamu sudah tidak mempercayai potensi diri kamu dan hidup kamu akan dikawal oleh label-label tersebut. Oleh sebab itu kamu sering gagal dan malas untuk mengambil langkah untuk berjaya seperti tidak membaca buku sebelum menghadapi peperiksaan kerana kamu sudah percaya walaupun kamu berusaha, kamu tidak akan berjaya. Kamu juga akan berkata "Buat apa aku berusaha kalau tidak berjaya, ia hanya akan membazir masa dan tenaga sahaja." Inilah yang menyebabkan orang lain mengambil alih hidup kamu dan kepercayaan kamu.

    Kedua, kepercayaan itu datang dari pengalaman yang lepas. Bagi saya, pada kali pertama saya mengambil peperiksaan Bahasa Cina, saya telah gagal beberapa kali. Saya sendiri percaya yang saya tidak pandai dan tidak mungkin akan mendapat markah yang tinggi dalam subjek tersebut. Oleh sebab itu, saya sering gagal, gagal dan gagal. Sekarang, saya memahami satu perkara baru iaitu "MASA LALU TIDAK SAMA DENGAN MASA DEPAN", "SEKARANG SAMA DENGAN MASA DEPAN". Segala kegagalan saya itu adalah disebabkan masa lepas bukan sekarang. Mulai hari itu, saya tahu kejayaan tidak akan datang bergolek atau jatuh dari langit. Sekarang saya sudah mengambil langkah pertama dengan mempercayai yang saya boleh mendapat A dalam Bahasa Cina.

    Untuk mengubah kepercayaan kita bukan senang dan ia juga tidak mustahil kerana dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Sebelum mengambil jalan, kita kena percaya dahulu. 
Berikut adalah langkah-langkah untuk meningkatkan kepercayaan diri anda:
1.    Sayangi diri anda
2.    Terima diri anda seadanya
3.    Fokus pada kelebihan diri anda
4.    Terima komen dari orang lain dengan hati terbuka dan mengucapkan 'Terima Kasih'

Dalam hidup ini, aliran berikut yang menentukan sama ada anda berjaya atau gagal:

1.    Apa yang anda lihat tentang diri anda
2.    Apa yang anda fikir tentang diri anda
3.    Apa yang anda mahu
4.    Apa yang anda buat
5.    Apa yang anda dapat

    Kalau kepercayaan dapat dijadikan kenyataan, kenapa tidak buang sahaja kepercayaan negatif lepas yang melimitkan kejayaan anda? Daripada terus menyimpan label-label yang diberikan oleh orang lain, sebaiknya anda labelkan diri anda dengan kepercayaan positif.

Langkah 1 : Senaraikan had kepercayaan anda
Langkah 2 : Senaraikan kepercayaan yang negatif yang anda labelkan dalam diri anda dan berikan alasan kenapa ia tidak mungkin. Dan tuliskan kenapa kepercayaan itu menjadi label bagi diri anda.

Contoh :
1.    Had bagi kepercayaan
    - Lemah dalam Bahasa Cina 
    -
    -

2.    Kenapa tidak mungkin
    - Saya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Cina walaupun saya gagal dalam peperiksaan BC
    -
    -

3.    Ia dilabelkan kerana
    - Pengalaman lepas  
    -
    -

4.    Alasan sebenar ialah
    - Saya tidak mengambil langkah untuk mendapat A dalam Bahasa Cina

Langkah 3 : Senaraikan apa akan berlaku jika saya terus percaya pada had kepercayaan tersebut?
Langkah 4 : Cipta saya kepercayaan positif yang boleh menggantikan kepercayaan lepas.

Contoh :
1.    Kepercayaan Baru
    - Saya dapat markah tinggi dalam Matematik Tambahan
    -
    -

2.    Rujukan
    - Saya dapat A dalam Matematik Tambahan walaupun sesetengah pelajar cakap ia sangat susah.

Lima kepercayaan orang yang berjaya :

1.    BAGI SESUATU UNTUK BERUBAH, SAYA MESTI BERUBAH DAHULU
    Ia sangat berguna terhadap jika kamu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dengan kehidupan kamu. Kalau kamu gagal exam atau guru benci kamu, kamu harus bertanggungjawab kepada kepercayaan dan tindakan mereka. Dengan bertanggungjawab kamu boleh mengubah diri kamu. Oleh sebab kamu yang mencipta situasi tersebut maka kamu boleh mengubahnya.

2.    TIADA KEGAGALAN HANYA ADA PENGALAMAN BELAJAR
    Orang yang berjaya juga pernah gagal, tapi mereka menjadikan kegagalan itu sebagai pengalaman untuk belajar. Mereka akan mengubah strategi dan cuba berkali-kali sehingga berjaya. Bukan seperti pelajar lain, mereka membenarkan kegagalan menggalakkan mereka untuk berjaya.

3.    KALAU ORANG LAIN BOLEH, SAYA PUN BOLEH
    Semua orang mempunyai kapasiti otak yang sama atau neurological make-up. Tapi, kenapa semua orang itu berbeza-beza. Ini semua kerana orang yan berjaya mempunyai kuasa yang hebat untuk mengawal kehidupan mereka.

4.    BELAJAR ADALAH BERMAIN
    Tidak mungkin? Cuba fikir sekali lagi! Pelajar yang berjaya gemar belajar seperti bermain. Mereka tahu sebelum berjaya dalam sesuatu permainan mereka perlu menyukainya dahulu.

5.    LENTUR SUAI/FLEXIBEL MENGAWAL DIRI ANDA
    Pelajar berjaya tahu untuk bergantung pada lentur suai. Mereka dapat menukar perangai dan strategi untuk mencapai cita-cita.

    Akhir sekali, kepercayaan tentang diri memang susah untuk diubah tetapi ia juga tidak mustahil. Jadi apa tunggu lagi, senaraikan langkah-langkah yang menghalang kepercayaan anda dan percaya yang anda boleh lakukannya.  

RINGKASAN:

Untuk melakukan sesuatu perkara kita mesti percaya. Dengan KEPERCAYAAN yang kuat banyak perkara boleh dicapai. Untuk ke puncak Everest atau ke angkasa lepas seseorang perlu membentuk KEPERCAYAAN dalam pemikiran terlebih dahulu. Kita telah menyaksikan rakyat Malaysia lakukan.

Dalam pelajaran Ugama Islam di sekolah kita diberitahu umat Islam dahulu sanggup berjihad kerana percayakan balasan Allah - syorga. Kepercayaan memberi kita kekuatan luar biasa.

Berasaskan ini maka kita hendaklah menanam rasa percaya dalam diri kita bahawa kita mampu berjaya dengan cemerlang. Walau pun kita mungkin dilabelkan pelajar lemah, itu tidak menghalang kita mengatur berbagai strategi belajar.  Rancang dari awal tahun. Ikut semua strategi yang telah kita sendiri atur dan tetapkan. Lakukan dengan penuh semangat. 

Kemungkinan kita tidak mencapai semua yang telah disasarkan. Ubah strategi lakukan terus tanpa putus asa. Saya pasti dengan berkat doa ibu bapa impian kita pasti akan tercapai- InsyaAllah.

Thursday, December 25, 2008

Langkah 2 : AZAM / GOALS

Langkah 3 : PENGURUSAN MASA / TIME MANAGEMENT

Harap sabar bahanbelum siap.

Langkah 4 : BACA CEPAT / SPEED READING

Maaf belum siap!!

Langkah 5 : HIMPUN MAKLUMAT UTAMA / GATHER KEY INFORMATION

Maaf belum siap!!

Langlah 6 : PENGGUNAAN OTAK KIRI OTAK KANAN / WHOLE BRAIN NOTES

Maaf bahan belum siap!!

Langkah 7 : DAYA INGATAN HEBAT / SUPER MEMORY

Maaf belum siap!!

Langkah 8 : PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR / THINKING SKILLS APPLICATION

Maaf bahan belum siap!!

Langkah 9 : ULANGKAJI / REVISION

Bahan belum siap .Harap maaf!!

Langkah 10 : KEMAHIRAN PEPERIKSAAN / EXAM SKILLS

Sunday, December 21, 2008

Kenali Siapa Diri Kita.

Manusia adalah sebaik baik makhluk yang Allah cipta. Berbeza dengan binatang manusia ada otak untuk berfikir. Mengikut kajian sains otak manusia mengandungi berbilion biliun sel otak. Ini membuktikan kita semua mempunyai potensi yang sama.

Proses kejadian kita sama. Dalam kandungan ibu selama lebih kurang 9 bulan. Sebelum dapat berjalan kita melalui pengalaman merangkak dan bertatih. Kita juga diajar menyebut sepatah demi sepatah sehinggalah kita lancar bercakap dan masuk sekolah. Jika kita seorang pelajar yang tercorot ia adalah akibat fikiran, kata kata dan tindakan kita yang lalu. Fikiran, kata kata dan tindakan kita hari ini menentukan pencapaian di masa hadapan. Ianya boleh diubah jika kita mahu.

Kita semua berhak untuk menentukan kejayaan kita. Kita sendiri yang mesti membuat pilihan. Jika kita sendiri tidak membuat pilihan orang lain akan membuat pilihan untuk kita. Kita juga mesti sedia mengambil tanggung jawab terhadap setiap pilihan yang dibuat.

Kesimpulannya ialah kita mesti percaya kita mempunyai potensi yang sama dan kita mesti bertanggung jawab dengan apa yang kita lakukan.

Saturday, December 20, 2008

TV, Sukan, Persatuan dan Internet.

Selain menumpukan masa kepada pelajaran saya juga terlibat dengan beberapa persatuan dan kelab di sekolah. Ia penting untuk membantu meningkatkan peluang kita untuk masuk universiti. Kini universiti bukan sahaja menilai keputusan peperiksaan tetapi juga menilai tahap keaktifan kita diluar bilik darjah, terutamanya dalam bidang sukan. Sukan satu kegiatan yang amat penting. Saya kurang bernasib baik kerana sekolah saya tidak ada padang permainan dan kegiatan sukan amat terhad.

Setiap hari saya wajib menonton TV walaupun musim peperiksaan. Menonton TV tidak salah. Pilihlah program yang memberi faedah dan ada kaitan dan boleh membantu pelajaran kita. Siaran Berita adalah program wajib selain beberapa program berkala yang lain. Rancangan hiburan tidak banyak faedah dan jarang sekali saya tonton. Sesekali ada juga siaran hiburan atau movie dari CD untuk menghilangkan 'tension'. Saya juga kerap menggunakan komputer untuk melayari internet. Saya pastikan melayari laman laman yang memberi faedah sahaja. Siri manga jadi kegemaran saya.

Bekerja Sambilan

Membaca buku buku motivasi dan sistem pembelajaran menjadi kegemaran saya musim cuti sekolah. Kalau ada peluang sayamenghadiri seminar pembelajaran, motivasi dan kem bina insan. Mungkin saya bernasib baik berpeluang menghadiri program program seperti ini.

Semua biaya program ini saya bayar sendiri. Bagaimana saya mendapat wang untuk membayar program ini ? Untuk makluman kawan kawan, saya bekerja sambilan setiap hujung minggu (jumaat dan sabtu), hari kelepasan am dan juga setiap kali cuti penggal sekolah.

Banyak tempat menawarkan kerja sambilan jika kita rajin dan tidak pemalu. Dengan pendapatan ini juga kita boleh membeli buku buku, CD movie, MP4 dan apa sahaja yang boleh membantu kita meningkatkan pencapaian pelajaran kita. Novel yang paling saya gemari ialah novel Harry Potter. Semua siri telah saya baca dan ada yang dibaca berulang kali. Jika anda berminat untuk membaca saya sedia meminjamkannya.

Mentera Minat Belajar.

Tidak semua orang suka belajar. Suka belajar adalah satu tabiat. Ianya suatu yang perlu ditanam dalam diri kita. Ramai ibu bapa komplen anaknya malas belajar tetapi suka bermain. Ini adalah pengalaman biasa. Pelajar juga sering mengatakan mereka tiada minat untuk belajar tetapi ramai yang suka 'enjoy'. Apabila diminta belajar kita akan terus jadi letih lesu tetapi kembali bertenaga jika menonton TV.

Cara yang telah saya lakukan untuk menanam tabiat belajar adalah dengan menbaca mentera berikut selama 40 hari berturut turut sebelum tidur dan sebelum pergi sekolah.

Tulis sebanyak sebanyak 25 kali. Anda juga boleh mengubah ayat ayat ini mengikut cara anda sendiri jika perlu. Kalau anda tidak mahu dan tidak mampu melakukan perkara semudah ini peluang anda mengubah diri anda mungkin sukar. Pelajaran adalah alat terpenting menuju kejayaan dalam kehidupan di masa hadapan. Tanpa pelajaran masa depan anda mungkin suram.

Ramai kawan kawan saya telah mencuba dan berjaya. Anda tidak rugi apa apa untuk mencuba. Tiada apa apa risiko. Kosnya murah, hanya sekeping kertas dan sebatang pen. Contoh yang telah saya tulis:-

"Saya Alia Abdullah seorang yang suka belajar. Belajar adalah menyeronokkan".

Baca dengan kuat dan selamat mencuba.

Ibu Bapa, Guru dan Kawan Kawan

Saya telah membaca lebih dari 20 buat buku motivasi dan kaedah belajar. Kesimpulannya adalah seperti berikut. Pra syarat utama untuk berjaya adalah kita mesti mempunyai sifat ikhlas dan suka  menolong ibu bapa, guru guru dan juga kawan kawan. Kita memerlukan mereka semua untuk membantu, menyokong dan seterusnya merestui perjuangan kita menuju kejayaan. Saya berpendapat tanpa sikap ini mungkin sukar untuk mencapai impian kita. 

Tabiat di atas adalah asas yang amat penting. Tabiat adalah suatu perkara yang boleh dipelajari. Apabila tabiat  ini sudah terbentuk dalam diri kita barulah kita boleh membuat segala perancangan dengan berkesan untuk berjaya. Katakan pada masa ini kita belum memiliki tabiat ini, maka mulai sekarang kita mesti berazam untuk mengubah sikap kita sedikit demi sedikit. Jangan bimbang atau putus asa kalau pada masa ini kita tidak memilikki sifat ini. Kita boleh berubah kalau mahu. Pilihan di tangan kita.

Caranya ialah, ambil sehelai kertas saiz A4 dan Tulislah ayat ini sebanyak 25 kali. Contoh yang telah saya lakukan seperti di bawah:-

"Mulai hari ini 1hb. Januari, 2006  saya akan jadi seorang yang suka menolong ibu bapa, guru guru dan kawan kawan di sekolah".

Baca ayat ayat ini sebelum tidur dan sebelum pergi sekolah selama 40 hari berturut turut. Anda patut mencuba. Tiada kos lain kecuali pen dan sehelai kertas A4. Tiada risiko. Kalau perkara semudah ini pun anda tidak sanggup lakukan bererti anda memang tidak mahu berubah. Kawan kawan saya ramai yang telah berjaya melakukannya dan hasilnya positif. 

Selamat mencuba.