Carta Aliran Pembelajaran Berkesan

Carta Aliran Pembelajaran Berkesan

Saturday, December 27, 2008

Langkah 1: PERCAYA / BELIEFS


APA ITU PERCAYA?

PERCAYA, itulah langkah pertama yang perlu diambil untuk berjaya. Percaya dapat didefinisikan sebagai yakin atau berasa pasti. Bagi saya percaya adalah yaking pada diri sendiri dengan menggunakan kedua-dua akal dan hati. Hanya dengan menggunakan kedua-duanya sahaja, seseorang itu akn benar-benar yaking akan dirinya. Contohnya, saya pernah percaya yang dunia ini ada keajaiban. Saya pernah percaya Bahasa Cina saya akan mendapat A dalam peperiksaan PMR walaupun saya tidak berusaha. Tapi saya hanya percayanya melalui akal sahaja atau hanya satu keinginan sahaja. Jauh di dalam sudut hati saya, saya masih ragu-ragu. Saya sering bertanya "Bolehkah aku dapat A dalam Bahasa Cina, sedangkan biasanya aku kadang-kadang fail dan kadang-kadang pass sahaja" Oleh sebab itu, saya mula berasa takut untuk terus percaya yang saya boleh dalam Bahasa Cina. Sekarang, saya sedang cuba untuk percaya dengan melalui akal dan hati saya.

    Dalam dunia ini, ada sesetengah perkara yang kita percaya itu tidak semestinya benar atau fakta. Terdapat dua perkara atau peristiwa yang secara tidak langsung membuatkan kita percaya akan sesuatu tentang diri kita. Pertama, kita percaya akan apa yang dikatakan oleh orang lain (ibu bapa, kawan dan sesiapa sahaja) akan diri kita atau saya menamakannya sebagai label yang diletakkan oleh mereka. Contohnya, kamu seorang pemalas, kamu memang dilahirkan bodoh atau kamu tidak akan berjaya walaupun kamu telah berusaha separuh mati. Ini semua hanya label yang diletakkan oleh orang lain tentang diri kamu. Jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri, kamu akan mula berasa apa yang dikatakan itu adalah benar. Dari saat kamu mempercayai label-label itu, kamu sudah tidak mempercayai potensi diri kamu dan hidup kamu akan dikawal oleh label-label tersebut. Oleh sebab itu kamu sering gagal dan malas untuk mengambil langkah untuk berjaya seperti tidak membaca buku sebelum menghadapi peperiksaan kerana kamu sudah percaya walaupun kamu berusaha, kamu tidak akan berjaya. Kamu juga akan berkata "Buat apa aku berusaha kalau tidak berjaya, ia hanya akan membazir masa dan tenaga sahaja." Inilah yang menyebabkan orang lain mengambil alih hidup kamu dan kepercayaan kamu.

    Kedua, kepercayaan itu datang dari pengalaman yang lepas. Bagi saya, pada kali pertama saya mengambil peperiksaan Bahasa Cina, saya telah gagal beberapa kali. Saya sendiri percaya yang saya tidak pandai dan tidak mungkin akan mendapat markah yang tinggi dalam subjek tersebut. Oleh sebab itu, saya sering gagal, gagal dan gagal. Sekarang, saya memahami satu perkara baru iaitu "MASA LALU TIDAK SAMA DENGAN MASA DEPAN", "SEKARANG SAMA DENGAN MASA DEPAN". Segala kegagalan saya itu adalah disebabkan masa lepas bukan sekarang. Mulai hari itu, saya tahu kejayaan tidak akan datang bergolek atau jatuh dari langit. Sekarang saya sudah mengambil langkah pertama dengan mempercayai yang saya boleh mendapat A dalam Bahasa Cina.

    Untuk mengubah kepercayaan kita bukan senang dan ia juga tidak mustahil kerana dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Sebelum mengambil jalan, kita kena percaya dahulu. 
Berikut adalah langkah-langkah untuk meningkatkan kepercayaan diri anda:
1.    Sayangi diri anda
2.    Terima diri anda seadanya
3.    Fokus pada kelebihan diri anda
4.    Terima komen dari orang lain dengan hati terbuka dan mengucapkan 'Terima Kasih'

Dalam hidup ini, aliran berikut yang menentukan sama ada anda berjaya atau gagal:

1.    Apa yang anda lihat tentang diri anda
2.    Apa yang anda fikir tentang diri anda
3.    Apa yang anda mahu
4.    Apa yang anda buat
5.    Apa yang anda dapat

    Kalau kepercayaan dapat dijadikan kenyataan, kenapa tidak buang sahaja kepercayaan negatif lepas yang melimitkan kejayaan anda? Daripada terus menyimpan label-label yang diberikan oleh orang lain, sebaiknya anda labelkan diri anda dengan kepercayaan positif.

Langkah 1 : Senaraikan had kepercayaan anda
Langkah 2 : Senaraikan kepercayaan yang negatif yang anda labelkan dalam diri anda dan berikan alasan kenapa ia tidak mungkin. Dan tuliskan kenapa kepercayaan itu menjadi label bagi diri anda.

Contoh :
1.    Had bagi kepercayaan
    - Lemah dalam Bahasa Cina 
    -
    -

2.    Kenapa tidak mungkin
    - Saya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Cina walaupun saya gagal dalam peperiksaan BC
    -
    -

3.    Ia dilabelkan kerana
    - Pengalaman lepas  
    -
    -

4.    Alasan sebenar ialah
    - Saya tidak mengambil langkah untuk mendapat A dalam Bahasa Cina

Langkah 3 : Senaraikan apa akan berlaku jika saya terus percaya pada had kepercayaan tersebut?
Langkah 4 : Cipta saya kepercayaan positif yang boleh menggantikan kepercayaan lepas.

Contoh :
1.    Kepercayaan Baru
    - Saya dapat markah tinggi dalam Matematik Tambahan
    -
    -

2.    Rujukan
    - Saya dapat A dalam Matematik Tambahan walaupun sesetengah pelajar cakap ia sangat susah.


Lima kepercayaan orang yang berjaya :

1.    BAGI SESUATU UNTUK BERUBAH, SAYA MESTI BERUBAH DAHULU
    Ia sangat berguna terhadap jika kamu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dengan kehidupan kamu. Kalau kamu gagal exam atau guru benci kamu, kamu harus bertanggungjawab kepada kepercayaan dan tindakan mereka. Dengan bertanggungjawab kamu boleh mengubah diri kamu. Oleh sebab kamu yang mencipta situasi tersebut maka kamu boleh mengubahnya.

2.    TIADA KEGAGALAN HANYA ADA PENGALAMAN BELAJAR
    Orang yang berjaya juga pernah gagal, tapi mereka menjadikan kegagalan itu sebagai pengalaman untuk belajar. Mereka akan mengubah strategi dan cuba berkali-kali sehingga berjaya. Bukan seperti pelajar lain, mereka membenarkan kegagalan menggalakkan mereka untuk berjaya.

3.    KALAU ORANG LAIN BOLEH, SAYA PUN BOLEH
    Semua orang mempunyai kapasiti otak yang sama atau neurological make-up. Tapi, kenapa semua orang itu berbeza-beza. Ini semua kerana orang yan berjaya mempunyai kuasa yang hebat untuk mengawal kehidupan mereka.

4.    BELAJAR ADALAH BERMAIN
    Tidak mungkin? Cuba fikir sekali lagi! Pelajar yang berjaya gemar belajar seperti bermain. Mereka tahu sebelum berjaya dalam sesuatu permainan mereka perlu menyukainya dahulu.

5.    LENTUR SUAI/FLEXIBEL MENGAWAL DIRI ANDA
    Pelajar berjaya tahu untuk bergantung pada lentur suai. Mereka dapat menukar perangai dan strategi untuk mencapai cita-cita.

    Akhir sekali, kepercayaan tentang diri memang susah untuk diubah tetapi ia juga tidak mustahil. Jadi apa tunggu lagi, senaraikan langkah-langkah yang menghalang kepercayaan anda dan percaya yang anda boleh lakukannya.  


RINGKASAN:

Untuk melakukan sesuatu perkara kita mesti percaya. Dengan KEPERCAYAAN yang kuat banyak perkara boleh dicapai. Untuk ke puncak Everest atau ke angkasa lepas seseorang perlu membentuk KEPERCAYAAN dalam pemikiran terlebih dahulu. Kita telah menyaksikan rakyat Malaysia lakukan.

Dalam pelajaran Ugama Islam di sekolah kita diberitahu umat Islam dahulu sanggup berjihad kerana percayakan balasan Allah - syorga. Kepercayaan memberi kita kekuatan luar biasa.

Berasaskan ini maka kita hendaklah menanam rasa percaya dalam diri kita bahawa kita mampu berjaya dengan cemerlang. Walau pun kita mungkin dilabelkan pelajar lemah, itu tidak menghalang kita mengatur berbagai strategi belajar.  Rancang dari awal tahun. Ikut semua strategi yang telah kita sendiri atur dan tetapkan. Lakukan dengan penuh semangat. 

Kemungkinan kita tidak mencapai semua yang telah disasarkan. Ubah strategi lakukan terus tanpa putus asa. Saya pasti dengan berkat doa ibu bapa impian kita pasti akan tercapai- InsyaAllah.

0 Comments: