REMEMBERING DR M. K. RAJAKUMAR By Syed Hamid Ali During the 1960s, I went through a period of deep depression and almost lost all sense of hope about life. After finishing secondary school, I had intended to continue my studies in the field of medicine, and had been accepted into a university in India. But my aspiration came to naught because my family’s financial situation did not allow for it even though the expenses required then were much lower than what they are now. Under such circumstances, I decided to join my brother in Kuala Lumpur who was doing his Masters course at the University of Malaya. Gradually, many friends of my brother, Syed Husin, became my friends as well. One of them was Dr M. K. Rajakumar. Rajakumar was then a young doctor at the Kuala Lumpur General Hospital. He showed great concern over my problem of not being able to pursue my studies in the sciences. One day, he engaged me in a conversation that was longer than usual, and in the midst of it said to me, “Hamid, I am a doctor and I hope you can mull over this matter: the addition of one more doctor is not necessarily going to change things better for the people.” “But if you are a policy maker who is honest and truly understands the needs of the rakyat, the change will definitely be great. It does not matter whether you are a doctor or not,” he added. That was Rajakumar’s advice to me some 45 years ago. Initially, I did not understand the actual message behind his words. But when I finally recognized its wisdom, it gradually seeped in and became firmly lodged into my thick skull. Dr M. K. Rajakumar passed away on 22 November, aged 76. The last time I saw him was when I visited him at a hospital in Petaling Jaya a few months earlier, together with Syed Husin, the Deputy President of KeADILan. He was asleep when we arrived but woke up when he heard us talking quietly with his two daughters, Kiren and Sunita. “Been here long…?” he asked while thanking the two of us. “How are Sabariah and the children?” he continued. “Thank you. They all send their regards,” Syed Husin answered while patting him on his leg. Anyone witnessing the scene would have been moved by the deep and close camaraderie between these two old comrades. Following that, he asked after me and enquired what I was doing then. I fully understood his question. But when I was slow in responding, he quickly added, “Hamid, in politics, people don’t wait to be invited…” I nodded my head in agreement. It was clear to me that the way he viewed politics remained unchanged from that in his younger days. Perhaps there aren’t many among today’s younger generation who know about Rajakumar although his demise is a great loss for Malaysia. Dr M. K. Rajakumar was born in Melaka on 25 May 1932. From the Malacca High School, he obtained a federal scholarship to study medicine at the University of Malaya in Singapore. There, he displayed his gift for leadership. Together with a few progressive students, he set up the Socialist Club and served as its President for the 1954/55 term. Besides that, he had been elected as a member of the Students’ Council. The Socialist Club was renowned because it uncompromisingly opposed British colonialism and demanded independence for Malaya. On 28 May 1954, The British arrested the eight editors of Fajar, the monthly publication of the Socialist Club. The authorities claimed that the article “Aggression in Asia” which was published in that month’s issue of Fajar was seditious. Rajakumar was one of the accused; he was also the main writer of the article. It was through this trail of the “Fajar-8” that Lee Kuan Yew gained prominence – he served as junior counsel in the defence team. After completing his studies, Rajakumar continued his political involvement through the Labour Party of Malaya (LPM). His stature is similar to other Socialist Front luminaries like Ahmad Boestamam, Pak Sako, Dr Tan Chee Khoon, V. David, Karam Singh, Hasnul Hadi, Tajudin Kahar, and others. From 1965 to 1967, Rajakumar was detained under the Internal Security Act (ISA). When the LPM was forced to disband due to incessant repression and detention of its members by the Alliance government, Rajakumar decided to shift his attention to the fields of scientific knowledge and health care. He was the President of the Malaysian Medical Association (MMA) from 1979 to 1980, the President of the Malaysian Academy of Sciences from 1981 to 1983 and the President of the World Organisation of National Colleges, Academies and Academic Associations of Family Physicians (WONCA) from 1986 to 1989. I feel very honoured to have known Dr M. K. Rajakumar – a patriot and leading public intellectual. Indeed, I feel indebted to him. Around 1974, when student leaders, lecturers and political leaders were hounded by the ISA, Rajakumar took me in as a high risk “guest” in his house. For a few weeks I was given the best treatment – lots of food and lots of reading material. For 24 hours a day, I filled my time with useful activities, never once fearing for my safety. When necessary, he himself took me to places I needed to go to, even late at night. When my appointments were over, he would come to pick me up. He never handed over this responsibility to anybody else – it was incredible. In 1976, I was forced to leave this beloved homeland due to security reasons. (For 15 years I had to seek refuge in foreign lands without any travel documents because my passport had been impounded at Subang before I could board the plane to Australia/New Zealand on a trip at the invitation of the student bodies there.) I still remember the message from Rajakumar the day before I smuggled out of the country: “Hamid, have faith in the struggle, keep safe…” With that, we parted until we met again in 1991. Now, Dr M. K. Rajakumar has left us forever. I’ve lost a leader whom I respect and hold in awe. The country has lost a patriot and nationalist with few equals. Nonetheless, we must count our blessings because this son of the nation has blazed the trail, through thick and thin, so that we can continue this long and winding journey of struggle. Thank you Rajakumar, thank you once again. Your legacy will always remain with us. (Translated by Tan Pek Leng)
Carta Aliran Pembelajaran Berkesan
Wednesday, January 7, 2009
What course To Choose? - English Version
Posted by Alia at 1/07/2009 10:31:00 AM 0 comments
Labels: Motivasi
Apakah Bidang Yang Patut Anda Pilih?
Mengenang Dr M.K Rajakumar
Oleh Syed Hamid Ali
Dalam tahun-tahun 60an, saya pernah melalui satu tahap paling getir dan hampir-hampir putus asa dalam hidup.
Selepas tamat sekolah menengah, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Saya telah mendapat tempat di sebuah universiti di India. Tetapi, hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan kerana keadaan kewangan tidak mengizinkan, walaupun perbelanjaannya jauh lebih murah daripada sekarang.
Dalam keadaan demikian, saya mengambil keputusan pergi ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan abang yang sedang melanjutkan pelajaran untuk ijazah Sarjana di Universiti Malaya.
Secara beransur-ansur, rupanya ramai sahabat dan teman abang saya tadi, Syed Husin, menjadi kenalan saya juga. Salah seorang daripada mereka ialah Dr M.K Rajakumar.
Rajakumar seorang doktor muda di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau sangat prihatin terhadap masalah yang saya hadapi kerana tidak dapat meneruskan pelajaran sains.
Pada suatu hari, dia mengajak saya berbual-bual agak lebih panjang daripada biasa. Antara lain katanya, “Hamid, saya ini seorang doktor. Saya harap awak boleh fikirkan satu perkara: Tambah seorang doktor belum tentu boleh mendatangkan apa-apa perubahan kepada rakyat.
“Tetapi, kalau dia seorang pembuat dasar yang jujur dan betul-betul memahami akan keperluan rakyat, perubahannya tentu besar sekali; tak kiralah sama ada dia doktor ataupun bukan!” tambahnya.
Begitulah saranan Rajakumar kepada saya kira-kira 45 tahun yang silam.
Pada mulanya saya tidak memahami maksud sebenar yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Tetapi, apabila sudah mengerti akan kebijaksanaannya, barulah ia beransur-ansur terpahat dan lekat di kepala saya yang keras ini.
Dr M.K Rajakumar meninggal dunia pada 22 November lepas; ketika itu usianya 76 tahun. Terakhir saya bertemu beliau waktu menziarahinya bersama-sama Syed Husin, Timbalan Presiden keADILan, di sebuah hospital di Petaling Jaya beberapa bulan yang lalu.
Waktu itu dia sedang tidur, tetapi terjaga apabila mendengar suara kami sedang bercakap perlahan-lahan dengan kedua-dua orang anak wanitanya – Kiren dan Sunita.
“Dah lama datang…..?” sambil mengucapkan terimakasih kepada kami berdua.
Sambungnya lagi, “Apa kabar Sabariah dan anak-anak?”
“Terima kasih. Mereka semua kirim salam,” jawab Syed Husin sambil menyentuh bahagian kakinya.
Siapa yang ada di situ tentu akan terharu melihat betapa rapat dan dalamnya perasaan persaudaraan antara dua rakan seperjuangan lama yang karib itu.
Kemudian, dia bertanya saya kabar dan “apa buat sekarang?”. Saya faham benar maksud pertanyaan itu. Tetapi, apabila lambat saya menjawabnya, dia lantas berkata, ”Hamid, dalam politik orang tak tunggu dijemput….”
Saya mengangguk-angguk tanda setuju. Jelas kepada saya cara dia melihat politik masih tetap seperti di zaman mudanya.
Agaknya, tidak ramai generasi muda hari ini yang tahu tentang Rajakumar walaupun kepergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Malaysia.
Dr M.K Rajakumar dilahirkan di Melaka pada 25 Mei, 1932. Dari Sekolah Tinggi Melaka, beliau mendapat scholarship negeri untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Universiti Malaya di Singapura. Di sana, bakat kepimpinannya terserlah. Bersama beberapa orang mahasiswa progresif, beliau telah mendirikan Kelab Sosialis dan menjadi Presidennya pada tahun 1954/55. Di samping itu, dia juga pernah terpilih menjadi ahli Majlis Mahasiswa.
Kelab Sosialis terkenal kerana terang-terang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan Malaya.
Pada 28 Mei 1954, Inggeris telah menangkap lapan orang sidang pengarang Fajar. Pihak pemerintah mendakwa kononnya artikel ‘Pencerobohan di Asia’ yang tersiar dalam penerbitan bulanan Kelab tersebut bersifat menghasut. Rajakumar adalah di antara yang tertuduh; beliau juga merupakan penulis utama artikel tersebut. Di waktu yang sama, nama Lee Kuan Yew juga naik kerana kes ‘Fajar- 8’ itu.
Setelah tamat belajar, Rajakumar meneruskan penglibatan politiknya dalam Parti Buruh Malaya (PBM). Nama beliau terletak sebaris dengan nama tokoh-tokoh Sosialis Fron yang lain seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako, Dr Tan Chee Khoon, V. David, Karam Singh, Hasnul Hadi, Tajudin Kahar dan lain-lain.
Pada tahun 1966–69, Rajakumar dipenjarakan di bawah ISA.
Apabila PBM terpaksa menutup pintunya akibat tekanan dan penangkapan yang bertubi-tubi oleh Perikatan, Rajakumar segera mengalih tumpuannya ke bidang ilmu dan kesihatan.
Pada tahun 1979–80, beliau menjadi Presiden Persatuan Perubatan Malaysia; Presiden Persatuan Saintifik Malaysia (1981–83); dan Presiden World Organisation of National Colleges, Academies and Academic Associations of Family Physicians (1986–1989).
Berlatarbelakangkan semua ini, saya merasa sangat bertuah kerana dapat berkenalan dengan Dr M.K Rajakumar – seorang patriot dan intelektual rakyat yang ulung. Malahan, saya juga terhutang budi kepadanya.
Sekitar 1974, ketika pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah dan tokoh-tokoh politik diburu ISA, Rajakumar mengambil saya sebagai ‘tetamu’ yang berisiko di rumahnya. Selama beberapa minggu saya diberikan layanan terbaik – cukup makan, cukup bahan bacaan. Selama 24 jam dalam sehari saya mengisi masa dengan berfaedah; tidak sedikitpun saya merasa bimbang tentang keselamatan.
Apabila ada keperluan, dia sendirilah yang membawa saya keluar lewat tengah malam ke tempat-tempat yang telah dijanjikan. Kemudian, dia datang lagi untuk membawa saya pulang. Beliau tidak pernah menyerahkan tanggungjawab ini kepada orang lain – sungguh luarbiasa!
Pada tahun 1976, saya terpaksa meninggalkan tanahair tercinta ini atas faktor keselamatan. (Selama 15 tahun saya berkelana di negeri orang tanpa dokumen perjalanan kerana pasport saya telah dirampas di Subang sebelum sempat menaiki kapalterbang untuk ke Australia/New Zealand atas jemputan pertubuhan mahasiswa di sana.)
Saya masih ingat pesan Rajakumar sehari sebelum saya menyeludup ke luar negeri: “Hamid, yakin pada perjuangan; jaga keselamatan….” Dengan itu kamipun berpisah buat sementara sebelum bertemu semula pada tahun 1991.
Kini, Dr M.K Rajakumar sudah pergi buat selama-lamanya. Saya kurang seorang tokoh yang sangat saya hormati dan kagumi. Tetapi, negara kehilangan seorang patriot dan pejuang bangsa yang sukar ditandingi.
Namun begitu, kita tetap bernasib baik kerana putera bangsa ini telah lebih dahulu merintis jalan, meredah duri dan ranjau untuk kita meloloskan diri dalam perjuangan yang berliku-liku dan masih jauh perjalanannya.
Terimakasih Rajakumar; terimakasih sekali lagi. Jasamu tetap dikenang!
8 Disember, 2008
Posted by Alia at 1/07/2009 10:19:00 AM 0 comments
Labels: Motivasi
Sunday, December 21, 2008
Kenali Siapa Diri Kita.
Posted by Alia at 12/21/2008 09:03:00 PM 0 comments



