Carta Aliran Pembelajaran Berkesan

Carta Aliran Pembelajaran Berkesan

Sunday, December 21, 2008

Kenali Siapa Diri Kita.


Manusia adalah sebaik baik makhluk yang Allah cipta. Berbeza dengan binatang manusia ada otak untuk berfikir. Mengikut kajian sains otak manusia mengandungi berbilion biliun sel otak. Ini membuktikan kita semua mempunyai potensi yang sama.

Proses kejadian kita sama. Dalam kandungan ibu selama lebih kurang 9 bulan. Sebelum dapat berjalan kita melalui pengalaman merangkak dan bertatih. Kita juga diajar menyebut sepatah demi sepatah sehinggalah kita lancar bercakap dan masuk sekolah. Jika kita seorang pelajar yang tercorot ia adalah akibat fikiran, kata kata dan tindakan kita yang lalu. Fikiran, kata kata dan tindakan kita hari ini menentukan pencapaian di masa hadapan. Ianya boleh diubah jika kita mahu.

Kita semua berhak untuk menentukan kejayaan kita. Kita sendiri yang mesti membuat pilihan. Jika kita sendiri tidak membuat pilihan orang lain akan membuat pilihan untuk kita. Kita juga mesti sedia mengambil tanggung jawab terhadap setiap pilihan yang dibuat.

Kesimpulannya ialah kita mesti percaya kita mempunyai potensi yang sama dan kita mesti bertanggung jawab dengan apa yang kita lakukan.

0 Comments: