Selain menumpukan masa kepada pelajaran saya juga terlibat dengan beberapa persatuan dan kelab di sekolah. Ia penting untuk membantu meningkatkan peluang kita untuk masuk universiti. Kini universiti bukan sahaja menilai keputusan peperiksaan tetapi juga menilai tahap keaktifan kita diluar bilik darjah, terutamanya dalam bidang sukan. Sukan satu kegiatan yang amat penting. Saya kurang bernasib baik kerana sekolah saya tidak ada padang permainan dan kegiatan sukan amat terhad.
Carta Aliran Pembelajaran Berkesan
Saturday, December 20, 2008
TV, Sukan, Persatuan dan Internet.
Setiap hari saya wajib menonton TV walaupun musim peperiksaan. Menonton TV tidak salah. Pilihlah program yang memberi faedah dan ada kaitan dan boleh membantu pelajaran kita. Siaran Berita adalah program wajib selain beberapa program berkala yang lain. Rancangan hiburan tidak banyak faedah dan jarang sekali saya tonton. Sesekali ada juga siaran hiburan atau movie dari CD untuk menghilangkan 'tension'. Saya juga kerap menggunakan komputer untuk melayari internet. Saya pastikan melayari laman laman yang memberi faedah sahaja. Siri manga jadi kegemaran saya.
Posted by Alia at 12/20/2008 04:53:00 PM
Labels: Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment