JOHOR BAHRU 30 Dis. – Biarpun cacat penglihatan, namun ia tidak mematahkan semangat pelajar Maktab Sultan Abu Bakar di sini, Noorilham Ismail, 18, untuk ‘meletakkan’ dirinya sebaris dengan pelajar normal yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Biarpun keputusan yang diperoleh bukan 8A ataupun 9A, namun dia membuktikan bahawa insan istimewa sepertinya juga mampu untuk mencatatkan keputusan 4A dan 4C dalam keputusan PMR yang diumumkan hari ini. Dia yang ditemani ibu, bapa serta adik perempuannya berkata, kejayaan hari ini adalah hasil pengorbanan banyak pihak apatah lagi dia cacat penglihatan sejak berusia lapan tahun dan pernah meninggalkan sekolah lima tahun. “Ini semua pengorbanan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam pelajaran. “Motivasi yang sering dititip oleh keluarga tercinta merupakan azimat dan rahsia kepada kejayaan saya hari ini,” katanya yang ingin menjadi pakar ekonomi suatu hari nanti. Noorilham berkata, biarpun remaja seusianya kini ada yang sudah menamatkan zaman persekolahan, namun dia tetap akan berusaha untuk mencapai cita-citanya. Dia turut menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin selepas sidang akhbar pengumuman keputusan PMR 2008 bagi negeri Johor di sini hari ini. “Gembira dan terkejut. Dalam kekurangan ini, saya berjaya mengharungi segala cabaran bagi mendapatkan keputusan terbaik ini,” katanya.
Carta Aliran Pembelajaran Berkesan
Thursday, January 1, 2009
Cacat penglihatan tapi tetap cemerlang
Posted by Alia at 1/01/2009 09:41:00 PM
Labels: Laporan Akhbar PMR 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment